Monday 23 June 2014

Berawan

Berawan adalah salah satu etnik yang terdapat di Sarawak. Berawan juga dikateogarikan dibawah kumpulan Orang Ulu. Populasi kaum Berawan setakat ini tidak saya ketahui. Kemungkinan dalam 3000 hingga ke 4000 mengikut wikipedia. Kaum Berawan terbahagi kepada beberapa bahagian/daerah di bahagian pedalaman Miri. Antaranya di Tinjar dan Baram. Antara perkampungan Berawan yang saya ketahui adalah seperti Logan Bunut, Long Teru (bahagian Lapok) , Long Jegan , Long Takong (tinjar), Mulu , Tutoh dan Long Terawan (Mulu). Ada juga sebahagian kampung yang berbahasa Berawan contohnya Apau Gun/Long Ayak, Long Taveing dan lain-lain. Ini kemungkinan kerana perkahwinan campur antara suku kaum berawan dengan suku kaum lain serta penghijrahan ke sesuatu tempat yang baru kemudian bertembung dengan suku lain lalu bersama-sama membangunkan penempatan/ kampung yang baru. Walaupun saya ketahui beberapa buah kampung berawan tetapi bukan semua yang pernah saya pergi. Saya hanya pernah pergi ke kampung Long Takong dan Long Jegan itu pun sekali sekala kerana saya dibesarkan di Bandar(Miri). Namun sesuana kampung selalu membuat saya berasa senang dan tenang. Alangkah rindunya kenangan semasa kecil menyambut perayaan Krismas bersama orang kampung. Tapi keseronokan itu mungkin tidak dapat lagi saya nikmati kerana kampong saya sudah tidak berpenghuni.. Bersambung. Nantikan artikel saya seterusnya. give me a comment and idea if you manage find out and read my blog. This is my 1st blog so i think i should start with my culture and races. Yes i am a Berawan.